Kelas STEM Robotic Hand

3 September 2023 | Aktiviti Terkini

2 September 2023 – Kelas STEM Robotic Hand diadakan bagi menarik minat peserta di dalam bidang kejuruteraan dan mencungkil kreativiti peserta di samping menambah minat mereka di dalam pembelajaran berteraskan STEM.

Aktiviti dijalankan berpandukan video tutorial yang terdapat di youtube. Hanya dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah seperti kotak, straw dan benang, peserta boleh mencipta tangan ‘robot’ yang boleh bergerak! Ianya juga memberi idea kepada peserta tentang bagaimana tubuh manusia berfungsi.

Kelas ini diadakan selama 4 jam bermula dari 12 tengahari hingga ke 4 petang memandangkan ianya agak rumit bagi peserta seramai 2 orang yang berumur 6 dan 7 tahun ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali